04 Disember, 2011

Bot mewah £85 juta didatangkan dengan limusin sepadan


'Wow, gerek siut' sepatah kata anak saudara aku. Ini cuma gambar aje yang dihasilkan oleh Gray Design. Bot yang betul belum berada di atas air, belum siap pun.


Limusin yang disertakan, dengan reka bentuk yang sepadan.


Sepanjang 100 meter, bot ini dikatakan mampu meluncur sehingga 30 knot. Perekanya menegaskan bot mewah ini telah 'di peringkat kejuruteraan' dan hampir memasuki pengeluaran.


'Sovereign' ini boleh dimiliki dengan harga £85 juta bersamaan $132 juta bersamaan RM413 juta. Phh.. macam tengok bulan. Jangankan nak miliki, nak sentuh pun tak dapat.


Armani dikatakan terlibat dalam reka bentuk dalaman bot. Selain perabot yang ngalahkan lobi hotel, bot juga dilengkapi sebuah pawagam peribadi, garaj dan tempat helikopter mendarat. Kat belakang bot tu juga sesuai untuk tempat mancing udang (kalau kapal ni aku punya la.. hihihi).

Sumber: Mail Online

Tiada ulasan:

  • Guan Eng Pun Dah Pandai Flip Flop. Petanda Baik. - Tengahari ini, Lim Guan Eng anak Lim Kit Siang ambil keputusan untuk tarik balik tema BERSIH yang menjadi tema Hari Kebangsaan Negeri Pulau Pinang. Lepas k...
    4 hari yang lalu
  • 1MDB - 1. UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac. Keputusan majlis mengikut akhbar ia...
    5 bulan yang lalu