02 November, 2011

Ada ke patut, kereta lama jutaan dolar lebih mahal dari kereta sport yang canggih..

Terbaca lah oleh ku berita tentang sebuah kereta yang dikatakan tertua di dunia, terjual dengan harga AS$4.6 juta (RM14.2 juta) dalam satu lelongan. Kereta tua bangka yang tak lawa tu dinamakan De Dion 'Steam Runabout' dikeluarkan di Perancis pada 1884.

Berita ni buat aku dan kucing ku berasa pelik.. ada ke patut, sebuah kereta tua De Dion yang rimnya macam rim beca, lebih mahal dari sebuah kereta sport Bugatti Veyron?? Cuba kita bandingkan serba sedikit spesifikasi kereta (hek eleh aku.. macam le nak beli).

Apa hal, kita tengok gambar dulu. Klik biar jelas.

De Dion 'Steam Runabout'
Bugatti Veyron Super Sport

Spesifikasi kereta-kereta ni aku rujuk kat Ah Lai, tauke kedai runcit tempat aku selalu beli muruku di seberang jalan:

De Dion 'Steam Runabout': (agak je) Enjin menggunakan paling-paling pun cuma dua silinder dengan empat injap. Sistem gear dah semestinya manual.. gear satu, gear dua dan gostan. Takda radiator sebab guna boiler yang dibakar menggunakan api minyak tanah, kayu arang atau mungkin arang batu untuk menghasilkan tekanan wap. Turbocharger? Intercooler? Tak usah cerita, memang takda kalau nak dibandingkan dengan Bugatti Veyron. Pecutan 0 - 100 km/jam – tak dapat kiraan kerana kelajuan maksimum cuma sampai 61 kilometer sejam. Bentuk lebih kurang macam beca dengan bumbung takda, kena pasang payung kalau hujan. Tak seksi langsung.

Harga yang diberitakan diaorang termembeli di lelongan, AS$4.6 juta.

Bugatti Veyron Super Sport: Enjin 16 silinder V8 dengan empat injap pada setiap silinder menjadikan 64 injap. Sistem gear dikawal secara automatik oleh komputer dengan tujuh kadar gear. Radiator ada sepuluh.. 3 untuk intercooler, 3 untuk enjin, 1 untuk sistem penghawa dingin, 1 untuk minyak gear, 1 untuk pelbagai minyak dan 1 untuk minyak enjin. Pecutan 0 - 100 km/jam dalam masa 2.46 saat. Kelajuan maksimum mencapai 431 km/jam. Bentuk sporty. Lawa lagi. Meleleh air liur mnengoknya, boleh termimpi.

Harga sekitar AS$2.5 juta.

Korang pilih yang mana??



Tiada ulasan:

  • Kejutan - Assalamualaikum..lagi 2 bulan jeak..2015 akan menjelma..semuanya akan meningkat..peningkatan umur..peningkatan taraf hidup..moga peningkatan iman jgak..i...
    6 hari yang lalu
  • Amalan Harian Di Bulan Ramadhan - Assalamualaikum. Bulan Ramadhan pastinya menjadi bulan untuk umat Islam memperbanyakkan ibadat dan amalan harian. Bukan sahaja pahala amalan dilipatgandak...
    3 bulan yang lalu
  • Pelik Tapi Benar - Kamera Masih Berfungsi Selepas 5 Tahun Dalam Laut - [image: This is what a waterproof camera looks like after it has spent five years in the ocean. And it still works!] Beginilah keadaan kamera kalis air ...
    Setahun yang lalu
  • Diari 2013 - Sudah berkarat tinta Menyimpan sejuta kalam Buat tatapan Mungkin kenangan Pada detik yang tak berulang Aku perencana Bukan penentu cerita Beribu tona w...
    Setahun yang lalu